info 2 {Kesusasteraan Melayu}

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

a. Intelek.

Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah Karya sastera.

b. Emosi.

Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

c. Imaginasi.

Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan
peristiwa.

d. Teknik.

Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-
rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.

Kesusasteraan Melayu Klasik

-sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.

-ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
-di hasilkan sebelum tahun 1800.
-hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
-disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.
-punya nilai dan ukuran yang tersendiri.
-terpancar ‘worldview masayarakat’
-setiap karya adalah hak cipta bersama—– tiada nama pengarang.
-khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan—-tujuan hiburan dan pengajaran.
-mempunyai unsur-unsur setempat.
-bersifat universal.


Kesusasteraan Lisan.

kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
dikenali juga sebagai sastera rakyat
contoh sastera lisan berbentuk cerita:

a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to info 2 {Kesusasteraan Melayu}

  1. KHANIA says:

    bagus…membuatkan saya minat nak belajar sastera…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s